Friday, December 3, 2010

Blog Blogger Bloggest.

Orang ada blog, aku pun nak ada blog. orang buat blog nak jual barang, nk luah perasaan. Tapi aku nak buat ape? Ahh, ade aku kesah... aku kan sekadar cuba-cuba..

Sekurang-kurangnya dapatlah aku menulis untuk ketenangan jiwa. Aku jenis suka bercerita. Kalau kena dengan topik memang la mulut tak dapat stop. Tapi masalahnya topik-topik yang kena dengan jiwa aku selalu tak kena pun dengan hati orang lain. Jadi, kebanyakan masa aku memilih diam. Titik. Mungkin aku dah sedia dilahirkan sedikit pelik. Sedikit sahaja! hehehe...

Jadi kepada bakal-bakal pengunjung blog ini yang kuumpamakan macam pondok buruk ku di tepi pantai ni; harap sudi-sudilah berkongsi ilmu dan manfaat yang mana ada. Nak bagi nasihat agama aku tak pandai. Nak bagi motivasi macam buring je.. Aku cuma nak kongsi sikit-sikit ilmu sana sini yang aku kutip merata tempat. Agak-agak berkaitan, bolehlah sedara sedari gunakan...

Aku bukan siapa-siapa...

1 comment: