Saturday, January 1, 2011

Target dari mula…

Sedari awal kita masuk sekolah dulu-dulu, cikgu kita mesti tanya: nak jadi apa bila besar nanti? Lalu banyaklah jawapan2 luhur  yang diberikan. Nak jadi Guru [macam cikgu yg bertanya td], nak jd askar, doktor… kerani, petani pun ada. Hehehe… Tapi masa tu semua jwpn tu kebanyakannya dipengaruhi mak ayah, kakak abang, kawan2… Mak kata ‘bila besar jadi dokto tau!’ lalu kita pun berkobar2 nk jugak jd dokto walau selalu main dlm kelas.. mane nak pandai…camne nak score…?

Bila meningkat remaja; sekolah menengah banyak lagi lah pengaruh. Yang dulu nak jd dokto, sekarang nk jadi doktor pakar jantunglah, penyelidik lah, pakar itu pakar ini. Bagi yang fikir panjang akan ambil aliran yang betul sejak dari sekolah menengah lagi. Ada juga yang sengal nak jadi pakar fizik tapi ambil jurusan akaun. Laa, macam mana tu.. Bukan salah…kan boleh ambil subjek tambahan… tapi kena fikir larat ke, berbaloi ke…? Kalaulah kita semua diberi peluang untuk melihat masa depan dulu sebelum buat keputusan kan ke seronok? Kan..kann…Heheh tapi tu tak mungkin. Hidup tak thrill okeyy! Ambil limited subjek yang kita minat ; then score baekk punya atau ambil berbelas2 subjek ; then result ala kadar. Mana lebih berbaloi? Kalau score mean tempat untuk ke IPT sangat cerah. Kalau ala kadar pun ada peluang belajar tapi mungkin terhad. Cuma yang bestnye dapatlah kita menimba ilmu lebih banyak dari orang lain. Tak bangga ke? Ooh, bebelan ni ada pengecualian kepada yang dah memang dianugerahkan Tuhan dengan kecerdikan tahap dewa-bagi ape je subjek pun pulun A manjang. Aah, tapi pandai ke tak pandai ke FOKUSSS kena ada. Kalau tak sampai bila pun terawang2 di sapu awan.

Saya sekadar ingin membantu pelajar yang kurang cerdik [macam saya] untuk buat pilihan;beri satu lagi tambahan persepsi. Kalau tak dapat nombor cantik dalam kelas, selalu kena denda, report kad merah.. Jangan la risau terlampau wahai adik2 ku sebab anda kena percaya yang Tuhan tu memang dah sediakan tempat untuk setiap kita di dunia ni. Selagi ada rasa ingin maju, banyak cara untuk kita tambahkan ilmu. Usaha…jangan malu bertanya. Selain cikgu dan mantan senior sekolah [yang selalu hanya ingin menunjuk2 kejayaan mereka kat junior], boleh juga minta pendapat orang2 dewasa yang dah berjaya. Tanya pakcik yang jual pisang goreng dulu tu; macam mana dia sekarang dah sampai ada kedai dan lori sendiri-untuk motivasi, bukan kita nak ikut dia jual pisang jugakk. Kang marah plak pakcik tu kacau bisnes dia. Tanya kakak abang yang dah masuk university apa kursus yang ditawarkan kat uni. Bukan kursus dokto dengan peguam je…. Ada baaanyak lagi… mesti ada satu yang paling kita minat. Lain bidang lain caranya dan lain kriteria2 yang diperlukan. Bukan semua course perlukan straight A. Buat research, fikir dan ukur kemampuan diri..jangan over confident, kemudian set target! Kalau dah ada target, barulah bersemangat nak belajar… ye takk?? Lepas belajar, tentulah doa diri sendiri dan restu ayahbonda [cahh macam lagu …] yang perlu. Jangan muda2 gini dah buat pasal ngan mak ayah… Masa adik2 panjang lagi…panjang bukan nak bagi peluang buat jahat tapi masa panjang tu lah ukuran deritanya kalau tunjuk terer dengan mak ayah kecik2 lagi. INGAT TUU!! – buat gaya upin ipin. 

Tamat sekolah, masuk lah kita ke alam tertiary dalam sistem pendidikan kat Malaysia ni. Kalau 10, 15 tahun dulu memang orang yang betul2 punya rezeki dan gifted saja berpeluang merasa pijak lantai dewan kuliah. Tapi sekarang peluang ada di mana-mana. Tak payahlah nak bagi alasan belum terasa nak sambung belajar lah, tak dapat tempatlah, keluarga tak mampu lah… Helloooo…dah tak relevan ok! Lagi miskin laagilah senang dapat biasiswa dan pinjaman sana sini. Tak dapat IPTA, berderet lagi IPTS yang ada. Dah banyak kolej swasta yang berjaya lahirkan graduan berkualiti kat Malaysia ni. Asal rajin bertanya dan punya keinginan, semua okey punya. Buka mata dan sedar sekarang! Kalau tunggu nak kerja dulu, nak kahwin dulu baru nak belajar…. Hahaha mari aku gelak kan korang bergolek2 dulu. Statement tu hanya sesuai untuk orang2 yang berhati waja dan ampuh sahaja. Kalau setakat terkial2 nak uruskan masa dan dompet, baik berhenti dan belajar sekarang. 

Macam saya, bila dah kerja: 2, 3 bulan memang terasa mewah. Rasa nak beli apa pun boleh. Tapi bila timbul rasa nak beli kereta, telefon baru, kawen lagi satu hal… haa, alamat berkait2 lah tanggungan yang akan membuntut kat belakang. Jadi, bila dah ada peluang belajar, fokuslah hanya pada studi anda. Bukan kerja sambilan, bukan wifi dekat Starbuck, bukan TZM untuk bawa awek gi pasar malam. Tanamkan dalam minda – INI SAHAJA MASA YANG AKU ADA. Memang betul pun…

Orang kata pengalaman tu penting untuk dapatkan kerja yang baik, tapi sijil tu juga penting  sebagai perisai supaya orang tidak semudahnya pijak kita. Sekurang2 nya kita punya sedikit nama. Tapi sijil, scroll, cert. tu semua patut berada bukan sekadar dalam frame tapi juga dalam OTAK.

Saya menulis kali ini sebab tak nak adik-adik buat kesilapan saya dulu. KALAH dengan kehidupan sendiri. TEWAS terjelepuk di tangga sedangkan ketika tu tinggal selangkah lagi nak capai menara impian saya. 

Yang pentinggg : saya dah tebuss segalanya balik!! – lain kali lah cerita…

~bersambung…



Friday, December 3, 2010

Blog Blogger Bloggest.

Orang ada blog, aku pun nak ada blog. orang buat blog nak jual barang, nk luah perasaan. Tapi aku nak buat ape? Ahh, ade aku kesah... aku kan sekadar cuba-cuba..

Sekurang-kurangnya dapatlah aku menulis untuk ketenangan jiwa. Aku jenis suka bercerita. Kalau kena dengan topik memang la mulut tak dapat stop. Tapi masalahnya topik-topik yang kena dengan jiwa aku selalu tak kena pun dengan hati orang lain. Jadi, kebanyakan masa aku memilih diam. Titik. Mungkin aku dah sedia dilahirkan sedikit pelik. Sedikit sahaja! hehehe...

Jadi kepada bakal-bakal pengunjung blog ini yang kuumpamakan macam pondok buruk ku di tepi pantai ni; harap sudi-sudilah berkongsi ilmu dan manfaat yang mana ada. Nak bagi nasihat agama aku tak pandai. Nak bagi motivasi macam buring je.. Aku cuma nak kongsi sikit-sikit ilmu sana sini yang aku kutip merata tempat. Agak-agak berkaitan, bolehlah sedara sedari gunakan...

Aku bukan siapa-siapa...

Thursday, December 2, 2010

Salam dari bintang

Assalamualaikum.....

Salam pembukaan dari hujung dunia.... saya ingin menulis untuk teman.untuk kenalan.untuk keluarga.untuk diri sendiri.harap menjadi...hahahhaha...